Sebagai pekerja, menjaga adab dan etika adalah penting, terutama ketika berkomunikasi melalui siaran langsung di media sosial.
Tindakan ini tidak hanya mencerminkan diri kita, tetapi juga nama baik majikan. Namun, kadang-kadang, beberapa individu tidak memahami pentingnya etika dan bertindak dengan tidak sopan.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform X menunjukkan dua jurujual wanita dari sebuah jenama kenderaan terkemuka, mengumpat dan melakukan body shaming terhadap bekas rakan sekerja.
Selamba hina bekas pekerja
Dalam siaran langsung di TikTok, mereka mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar, merendahkan dan mengkritik penampilan fizikal lelaki tersebut.
“Dia exam tak lulus, eksen ni datang kerja, baju dahlah warna lain. Patutnya pakai baju putih, seluar hitam. (Datang) macam kerja bank, eksen.
“Belajar setakat SPM, berlagak. Geram aku! Aku pun SPM jugak la siak! So hilang sabar dan dia pun berhenti kerja. Tapi baguslah, sebab aku tak suka dia. Dia eksen.
“Dia ingat dia handsome sangat ke? Sudahlah tak handsome, muka macam gayboy. Putih melepak, ei..aku lempang…
“Kitorang perlukan lelaki yang segak, handsome dan tak sombong,” kata wanita tersebut.
Allah nak tunjuk
Difahamkan, perkara itu diketahui oleh tuan empunya badan, Williuu, yang kebetulan sedang melayari platform TikTok.
“Rakan kerja mulut puaka! Allah Maha Kuasa, tak sangka kebetulan tengah slide TikTok, then termasuk dalam live orang yang tengah kutuk aku. Aku jumpa dua ekor ni, baru dua minggu kerja. Belum berkenalan lagi dah kena kutuk dalam live.
“Tapi kuasa Allah jugalah. Aku hari-hari berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang-orang yang tak baik’. Aku tak pernah tahu pun apa TikTok diorang ni. Then kuasa Allah lalu live ini kat fyp aku. Ngam-ngam tengah kutuk aku, aku pun apa lagi, record lah.
“Mungkin aku tak cukup handsome agaknya. Sebab dalam live ini, kalau korang tengok dia ada cakap nak lelaki yang segak dan handsome. Padahal yang cakap itu dah ada suami dan anak dua, kalau tak silap. Aku macam, kau nak workmate yang handsome atau nak menggatal? Suami sendiri tak cukup handsome ke?” katanya.
Menurut Williuu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana enggan berada dalam kelompok yang toksik seperti itu.
“Aku pun berhenti kerjalah sebab tak nak duduk dalam circle yang toksik macam ni. Tak syok. Aku nak pesan kepada yang di luar sana, tak perlulah nak mengata orang. Kita ini bukan sempurna mana pun. Bekerjalah secara sihat, Insha-Allah ada rezeki lain.
“Kita berhenti bukan bermakna kita undur diri. Kalau aku stay pun, aku tahu dah apa yang akan terjadi,” ujarnya.
Perbuatan body shaming boleh dikenakan tindakan
Dalam satu kes yang berlaku pada tahun 2020, mangsa body shaming, Suharnizan Md Sidek, mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh media sosial, Eira Aziera, yang melakukan body shaming terhadapnya dalam siaran langsung di Facebook.
Mahkamah kemudian mendapati Eira Aziera bersalah dan diperintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada mangsa, sekali gus memberi pengajaran kepada semua agar tidak melakukan perbuatan tersebut.