Zayn Rayyan dipercayai dibunuh, ada kesan kecederaan pada leher dan badan - The Reporter

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh, ada kesan kecederaan pada leher dan badan

Kematian melibatkan seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin dilaporkan berkait dengan unsur jenayah. Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Menurut Hussein, hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

“Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam tadi, media melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu dilihat.

Sumber: Kosmo Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!