‘Zara ditemukan terlentang di dalam longkang, tidak sedarkan diri’ - Pengawal keselamatan | The Reporter

‘Zara ditemukan terlentang di dalam longkang, tidak sedarkan diri’ – Pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan memaklumkan Zara ditemukan terlentang dalam longkang.
Saksi keenam inkues dedah penemuan Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengawal keselamatan mendedahkan kepada Mahkamah Koroner bahawa dia individu yang menemui Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang asrama, pada awal pagi 16 Julai lalu.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha sejak 2012 berkata, ketika kejadian beliau sedang membuat rondaan di sekitar asrama perempuan.

Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi, rondaan di Blok Rabiatul Adawiyah tidak menemui sebarang perkara luar biasa. Namun, sekitar jam 3 pagi, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar bahawa terdapat pelajar perempuan pengsan berhampiran blok berkenaan.

“Saya terus bergegas ke asrama berkenaan dan mendapati seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Zara terlentang di dalam longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Baca juga:

Linah berkata, dia segera menghubungi Ketua Warden Asrama, Azhari Abd Sagap sebelum mengambil gambar keadaan mangsa. Warga emas itu juga memaklumkan, ambulans tiba kira-kira jam 4 pagi dan Zara dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Dia turut mengesahkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama berkenaan selain tiada palang besi di koridor bangunan asrama tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts