'Masa minta buat muka 10 sen, dah dapat hentam Anwar' - Zahid Hamidi | The Reporter

‘Masa minta buat muka 10 sen, dah dapat hentam Anwar’ – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim semasa satu mesyuarat rasmi kerajaan.
Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur sikap pemimpin pembangkang yang hanya bersikap manis ketika memohon peruntukan, tetapi kemudiannya mengkritik Perdana Menteri dan kerajaan selepas menerima bantuan.

Beliau berkata, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah mereka tidak menghargai usaha kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan masa minta muka senyum, muka sepuluh sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik. Jangan begitu, mesti bersyukur dan berterima kasih.

“Nak berbeza pendapat boleh, tapi bila tiba pilihan raya mereka hentam Perdana Menteri, saya lumatlah. Saya tidak mahu sebut mana-mana individu atau tokoh politik di Kelantan, tapi itulah yang berlaku”.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar 2025 di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, situasi sama turut dapat dilihat di beberapa negeri lain termasuk Terengganu, Kedah dan Perlis.

Katanya, sikap sebegini perlu diperbetulkan kerana ia bukanlah satu contoh yang baik.

“Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan Madani. Salah satu sikap kerajaan Madani adalah ihsan,” katanya lagi.

Sumber : Sinar Harian

Related Posts