'Yang ada kabel je berani buat macam ni' - Netizen bengang penduduk bina garaj di parkir pangsapuri - The Reporter

‘Yang ada kabel je berani buat macam ni’ – Netizen bengang penduduk bina garaj di parkir pangsapuri

Sumber gambar: Facebook B40 Buat Apa Harini

Tindakan seorang penduduk di kawasan kediaman Pangsapuri Seri Indah, membina ‘garaj’ persendirian lengkap dengan pagar mengundang rasa kurang senang penduduk yang lain.

Mana tidaknya, kawasan parkir tersebut disediakan untuk kegunaan bersama penduduk lain. Tetapi individu terbabit bagaikan tiada otak dengan sewenang-wenangnya membina garajnya di kawasan itu.

“Alhamdulillah dah siap. Kereta tak panas dah. Pangsapuri Seri indah je,” tulis pengadu dalam Facebook Group B40 Buat Apa Harini.

Difahamkan, pengadu telah membuat aduan berhubung pembinaan garaj haram itu untuk tindakan. Malangnya, pihak berkenaan langsung tidak mengendah aduan itu.

“Dah berbuih mulut buat aduan. Tiada apa tindakan dibuat. Tak tahulah nak kata apa, kroni-kroni sendiri la kalau macam ini,” katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online.

Di ruangan komen hantaran itu, netizen mengecam perbuatan pemilik garaj yang pentingkan diri walaupun tahu pembinaan garaj itu mengundang kemarahan penduduk yang lain.

“Selfish. Duduk rumah nak murah tap iselera macam duduk rumah kampung/taman ada tanah sendiri. Malulah bro, dah tak mampu buat cara tak mampu. Takkan sampai nak ambil hak orang lain? Tak takut mati ke? Kalau tanah beli sendiri tak apa. Ini bukant tanah hak milik sendiri pun buat garaj.

“Ramai je orang duduk flat tapi tak ada selfish macam kau. Serius bang, kalau macam inilah perangai kau, orang ramai menyumpah je. Jangan pelik dalam hidup awak tu serba tak kena,” kata Hayyul.

“Bila kau B40 acah-acah nak hidup seperti T20. Baik cari rumah siap ada parking kereta. Ini nama dia manusia pentingkan diri, otak letak di lutut, level nak mamp##, je buat parking kereta macam ni. Lainlah kalau kawasan kondominium,” kata Valeveralumist.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!