'Ya, memang saya yang ditahan reman' - Mamat Sepah | The Reporter

‘Ya, memang saya yang ditahan reman’ – Mamat Sepah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelawak Mamat Sepah atau nama sebenar, Mohd Noor Murad, 39, mengaku dia dan pasangannya direman polis selama dua hari, baru-baru ini.

Mamat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan mereka menyebar maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam) di Telegram.

Bercakap kepada portal mStar Online, Mamat mengakui ditahan pada Isnin lalu berhubung kes tular beberapa hari lalu. Mereka juga memberi kerjasama penuh sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Ya, memang saya yang ditahan reman. Alhamdulillah keadaan saya macam biasa. Kes masih dalam peringkat siasatan. Saya beri kerjasama penuh.

“Untuk perkara itu (dakwaan tular), lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia melibatan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, peguamnya, Muhammad Fadhli M. Sutris, meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Terdahulu media melaporkan seorang pelawak dan isterinya yang merupakan anggota polis, ditahan atas dakwaan penyebaran maklumatdi Telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Sumber: mStar Online

Related Posts