'Ya ampun, korang serius sangat dengan lawak tu' - Jocelyn Chia enggan mohon maaf, yakin dia tak buat salah | The Reporter

‘Ya ampun, korang serius sangat dengan lawak tu’ – Jocelyn Chia enggan mohon maaf, yakin dia tak buat salah

Jocelyn Chia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan permohonan maaf walaupun tahu dia kini dikecam teruk oleh rakyat Malaysia.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menyedari diri dikecam teruk oleh rakyat Malaysia, pelawak komediri, Jocelyn Chia bagaimanapun memilih untuk tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas lawak kurang cerdiknya itu.

Menurut Jocelyn, tindakannya menjadikan tragedi pesawat MH370 sebagai sebahagian daripada bahan lawaknya bukanlah satu kesalahan.

Baca : ‘Singapura dah jadi negara dunia pertama, Malaysia? Boooo!’ – Pelawak komediri Jocelyn persenda Malaysia dikecam netizen

Malah, dia menganggap rakyat Malaysia terlalu serius sehingga tidak memahami lawak yang cuba disampaikan di pentas Comedy Cellar.

“Tragedi (MH370) + masa adalah komedi. Dah cukup lama (tragedi MH370 berlalu),” kata menjawab komen netizen di hantaran Instagram.

Jawapan balasnya itu mengundang pertanyaan netizen apakah wajar sekiranya tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu yang meragut tujuh nyawa pelajar sekolah Singapura pada tahun 2015 untuk dijadikan sebagai bahan lawak. Atau tempoh masa lapan tahun masih belum cukup matang untuk berbuat demikian dan perlu menunggu sehingga tahun depan.

“Awak tak tahu maksud petikan ayat itu? Ia petikan yang terkenal dan jika awak tak tahu mengenainya, saya tak perlu pun endahkan pandangan awak.

“Buatlah lawak mengenainya (tragedi berkenaan) sekiranya awak boleh menjadikan ia sebagai lawak,” kata Jocelyn.

Sementara itu, netizen yang lain berterusan mengecam Jocelyn tanpa henti. Ada di antara netizen yang mula melaporkan akaun Instagram Jocelyn atas alasan menerbitkan video dan kenyataan berunsur negatif dengan harapan akaun wanita itu dilenyapkan dari platform berkenaan.

Related Posts