JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babitkan figura awam | The Reporter

JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babitkan figura awam

JAIS sahkan tangkapan dua individu berhubung kes khalwat membabitkan figura awam di Petaling, Selangor.
Tangkap layar video tular yang dikaitkan dengan kes khalwat membabitkan figura awam di Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat yang melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan berkenaan dilakukan kira-kira pukul 6 petang, Khamis.

Menurutnya, kedua-dua individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga boleh mengaibkan individu yang terlibat.

Beliau turut mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai bahan perdebatan atau menyebarkan fitnah melalui apa juga cara.

Related Posts