Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membayangkan perubahan besar dalam dasar pendidikan Sabah jika rakyat memberi mandat semula kepada partinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Antara janjinya, penghapusan pinjaman pendidikan termasuk PTPTN kepada anak-anak Sabah, serta pemberian biasiswa penuh kepada pelajar melalui penstrukturan semula Yayasan Sabah.
“Kalau Yayasan Sabah ada kewangan yang mencukupi, saya akan bagi biasiswa percuma kepada anak-anak Sabah,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Cemerlang STPM di Semporna.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Pinjaman penjawat awam turut ‘di-write off’
Menurut Shafie, dasar pendidikan percuma ini juga meliputi pemansuhan pinjaman pendidikan melibatkan penjawat awam, sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

“Saya akan mansuhkan pinjaman pendidikan pegawai kerajaan. Saya juga akan ‘write off’ pinjaman PTPTN anak-anak Sabah supaya tidak membebankan mereka,” tegasnya.
Beliau menegaskan, tawaran ini bukan sekadar janji politik, tetapi sebahagian daripada matlamat jangka panjang Warisan untuk membebaskan generasi muda negeri itu daripada hutang pendidikan dengan syarat parti itu diberi mandat untuk mengambil alih semula kerajaan negeri daripada Datuk Seri Hajiji Noor.
Sumber: Sabah Post








