Warga emas parah akibat dibelasah lelaki yang berang, mangsa membelok tanpa beri signal - The Reporter

Warga emas parah akibat dibelasah lelaki yang berang, mangsa membelok tanpa beri signal

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Selasa lalu, seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas dipukul oleh seorang lelaki dalam kejadian di Taman Putra Prima.

Anak perempuan mangsa, Saraswathy Sivapalan dalam hantarannya di Instagram mendedahkan bapanya telah diserang oleh lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Zakaria Mohd Razali, di Jalan PP 2/5 pada jam 9 pagi.

Mangsa mengalami patah tulang di tiga bahagian, bengkak dan perlu menjalani pembedahan struktur mulut akibat serangan itu.

Terlupa beri ‘signal’

Menurut laporan Malaysian Indian Stars, sebelum kejadian itu berlaku mangsa memandu berpandukan aplikasi Waze. Ketika membelok ke satu simpang, mangsa terlupa memberikan lampu isyarat.

Tidak berpuas hati dengan hal itu, suspek terus membunyikan hon. Mangsa keluar dari kereta untuk memohon maaf. Malangnya suspek terus bertindak menampar mangsa.

Orang awam yang kebetulan melihat kejadian itu terus datang untuk menghalang suspek dari terus bertindak kasar. Tetapi suspek tetap tidak berpuas hati dan mengekori serta berterusan menyerang mangsa.

Minta bantuan kesan suspek

Laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut dan pengadu menggesa orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubunginya di talian 011-21214397 atau balai polis terdekat.

Difahamkan, suspek kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Perodua Axia dengan nombor pendaftaran QAA 1303N.

Saraswathy berharap agar keadilan dapat ditegakkan untuk bapanya dan meminta orang ramai menyebarkan gambar suspek agar lelaki itu dapat ditahan secepat mungkin.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!