Warga emas maut, kereta disondol pemandu Myvi yang cucuk rapat di belakangnya - The Reporter

Warga emas maut, kereta disondol pemandu Myvi yang cucuk rapat di belakangnya

Sumber: Info Semasa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 69 tahun, Yahya Mohd. Talip, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta dan sebuah lori di Jalan Hutan Simpan, pagi Khamis, 11 Januari 2024.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, Yahya yang memandu kereta Proton Saga sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah ketika kejadian berlaku.

Sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun, membawa tiga penumpang telah melanggar kereta Yahya dari belakang, menyebabkan kereta mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Kemudian, sebuah lori Hino yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Yahya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Manakala, pemandu kereta Myvi mengalami kecederaan pada bibir, dan tiga penumpang serta pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia

Total
0
Shares
Total
0
Share