Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita warga emas ditemukan maut dipercayai akibat ditetak dalam satu kejadian di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, Ipoh, pada malam Isnin.
Mangsa yang berusia 70 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan, kepala dan leher yang dipercayai akibat ditetak.
“Seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun telah ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Turut ditemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Baca juga:
- Pendakwah tegur video tular pempengaruh review makanan
- Wanita warga emas maut dipercayai ditetak
- Muhammad Faris Johari dilantik Undang Luak Sungei Ujong baharu
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.









