Wanita tumbuk & tendang bekas suami yang mengelak bayar hutang sebanyak RM87,000 - The Reporter

Wanita tumbuk & tendang bekas suami yang mengelak bayar hutang sebanyak RM87,000

Gambar sekadar hiasan | Sumber gambar: Freepik

Seorang wanita berusia 38 tahun ditahan polis kerana menyerang bekas suaminya sehingga cedera, berhubung kes hutang berjumlah puluhan ribu ringgit yang masih belum dilangsaikan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya terdahulu menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian.

Bertindak di atas maklumat itu, polis telah menahan suspek pada jam 9.45 malam di Ampang untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati, suspek yang bekerja sebagai akauntan datang ke rumah sewa (Bukit Indah, Ampang, Selangor) bekas suami yang ketika itu sedang mengemas rumah sewa sebelum diserahkan kembali kepada pemilik rumah.

Difahamkan, pasangan itu telah bercerai pada 11 Julai 2023 dan mempunyai seorang anak berusia setahun lebih.

Suspek berang dengan sikap peniaga berkenaan yang didakwa cuba mengelak membayar hutang sebanyak RM87,000.

Secara tiba-tiba suspek menumbuk mulut mangsa, mengetuk kepala mangsa menggunakan hulu pengikis simen dan menendang bahagian perutnya.

Suspek akan direman selama beberapa hari untuk membantu siasatan mengikutt Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. Sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau sebat, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!