Wanita Orang Asli tetap pertahan tanah adat Kampung Cot | The Reporter

Wanita Orang Asli tetap pertahan tanah adat Kampung Cot

Wanita Orang Asli Juliana bercakap mengenai usaha mempertahankan tanah adat Kampung Cot
Wanita Orang Asli, Juliana menegaskan pendiriannya untuk mempertahankan tanah adat Kampung Cot demi kelangsungan hidup generasi akan datang.

Seorang wanita Orang Asli, menzahirkan penghargaan kepada Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan terhadap masyarakat Orang Asli, namun menegaskan pendiriannya untuk terus mempertahankan tanah adatnya di Kampung Cot.

Menurut Juliana, tanah adat berkenaan bukan sekadar tempat tinggal, sebaliknya menjadi sumber kehidupan serta warisan penting untuk generasi akan datang.

Beliau berkata, kehidupan masyarakat Orang Asli sangat bergantung kepada hutan yang menjadi sumber makanan, air dan keperluan harian.

“Saya kena pertahankan tanah adat saya, itu punca saya. Sumber generasi saya yang akan datang. Sepatutnya berdekatan dengan hutan. Kami memerlukan sumber hutan,” katanya.

Juliana turut merakamkan penghargaan kepada Tengku Ampuan Pahang yang disifatkannya sebagai mengiktiraf kewujudan dan hak masyarakat Orang Asli di Pahang.

“Saya tak nak senang, saya tak nak kaya, saya nak hutan. Saya tak boleh duduk kat bandar. Saya pergi KL baru-baru ini pun, saya tak boleh. Bukan tempat saya. Tempat saya kat hutan,” katanya.

@zaslin90

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Terima kasih saya ucapkan kepada Tengku Puan. Saya terharu sangat mahu bantu. Cuma saya perlu pertahankan tanah adat kampung cot sebab itu Sudah cukup bagi Kami. Kami tak perlu lain, tanah adat Kami cukup. Hari ini saya jumpa mb pahang dan lusa saya pergi jumpa Dato seri Anwar untuk bawa suara dan doa semua orang asli satu malaysia. Saya Harap bila saya balik, dapat jumpa tengku puan bagi cenderamata.

♬ original sound – Juliana – Juliana
Baca juga:

Juliana turut memaklumkan dia akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain berjumpa Menteri Besar Pahang bagi membentangkan isu berkaitan tanah adat berkenaan.

Katanya, selepas pertemuan itu, dia berharap dapat bertemu semula dengan Tengku Ampuan Pahang untuk menyampaikan cenderahati yang akan dihasilkan sendiri.

“Saya akan jahit sendiri untuk Tengku Ampuan Pahang,” katanya.

Terdahulu, tular video Juliana yang mendakwa suaminya ditahan polis ketika mempertahankan tanah adat keluarga mereka, menyebabkan dia berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan rayuan berhubung isu berkenaan.

Related Posts