Wanita nyaris hilang tangan selepas ceroboh & hulur tangan pada harimau | The Reporter

Wanita nyaris hilang tangan selepas ceroboh & hulur tangan pada harimau

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita di New Jersey nyaris kehilangan tangan selepas dia menceroboh dan cuba menyentuh seekor harimau di Cohanzick Zoo.

Dalam kejadian yang berlaku pada 18 Ogos lalu, Zyair J. Dennis, 24, memanjat pagar dan memasukkan tangannya melalui celah pagar pelindung untuk menyentuh haiwan tersebut yang berada di dalam kandang.

Berdasarkan video yang dirakam oleh saksi menunjukkan, Zyair memasukkan tangannya melalui celah pagar dengan harapan dapat menyentuh haiwan pemangsa itu.

Harimau Bengal berat lebih 200 kilogram itu menyedari perbuatannya lalu mendekati dan cuba mengigit tangannya. Terkejut dengan tindakan agresif binatang itu, Zyair terus segera menarik tangannya sebelum sempat digigit.

Selain itu, media turut melaporkan Zyair melakukan perbuatan yang sama di kandang beruang.

20 Ogos, Polis Bridgeton mengesahkan kejadian tersebut dan suspek akan didakwa di mahkamah kerana menceroboh kandang harimau dan beruang. Perbicaraan dijangka akan berlangsung pada bulan September ini.

Related Posts