Wanita mengaku bersubahat dengan suami rogol anak kandung, konon nak merawat mangsa diganggu makhluk halus - The Reporter

Wanita mengaku bersubahat dengan suami rogol anak kandung, konon nak merawat mangsa diganggu makhluk halus

Gambar hiasan | Freepik

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suami merogol anak kandung, kononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus, dalam kejadian dua tahun lalu.

Tertuduh yang juga suri rumah berusia 41 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dan mengizinkan suaminya merogol mangsa yang juga merupakan anak tiri lelaki itu, ketika mangsa berusia 17 tahun. Kejadian itu berlaku di dalam bilik di rumah tertuduh pada jam 11.30 malam, 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama bagi kesalahan dikenakan sekiranya tiada peruntukan dinyatakan, dan dibaca bersama Seksyen 376B, penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan bersalah.

Suami tak mengaku bersalah

Sementara itu, suami kepada tertuduh yang bekerja sebagai buruh, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya dalam kejadian tersebut.

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan di bawah Seksyen 376B, jika disabitkan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, memohon mahkamah menetapkan satu tarikh untuk penyediaan fakta kes.

Mahkamah kemudian menetapkan Januari depan untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan laporan perubatan berkaitan kes suaminya. Mahkamah turut melanjutkan tempoh reman kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!