Wanita maut, 7 kenderaan dirempuh lori yang dipercayai hilang kawalan - The Reporter

Wanita maut, 7 kenderaan dirempuh lori yang dipercayai hilang kawalan

Sumber gambar: Video orang awam

Seorang wanita dilaporkan maut dalam kemalangan selepas kenderaannya dirempuh sebuah treler di jalan bertingkat Lido, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang Selasa, mangsa, Nicolette Hannah George, 26, berasal dari Kampung Babah, Penampang, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan itu membabitkan tujuh buah kenderaan iaitu, lima kenderaan jenis Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iris, serta dua lori.

Kemalangan yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain di hadapannya.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang memandu kereta Perodua Bezza tersepit di bawah lori dan mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian.

Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

Video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dari saksi yang berada di tempat kejadian turut tular di media sosial.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!