Wanita luah rasa malu, dakwa dimalukan ketika berbelanja di booth viral? | The Reporter

Wanita luah rasa malu, dakwa dimalukan ketika berbelanja di booth viral?

Pengalaman berbelanja di booth viral
Gambar hiasan | Sumber: Facebook SACC Mall

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengguna TikTok, Meyyyyyyyb, telah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan yang dialaminya bersama ahli keluarga ketika berkunjung ke booth dessert terkenal menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaunnya.

Dalam perkongsian yang kini tular, Meyyyyyyyb mendakwa dirinya serta mak ciknya telah dimalukan oleh pemilik jenama terkenal itu, semasa mereka berada di lokasi jualan.

Menurut Meyyyyyyyb, kejadian itu berlaku apabila mak ciknya tertarik untuk mencuba pencuci mulut jenama tersebut selepas melihat orang ramai beratur di hadapan booth itu. Meskipun berat hati untuk beratur, akhirnya dia bersetuju selepas dipujuk oleh mak ciknya.

Ketika tiba giliran mereka, kedua-duanya hanya memilih dua bekas pencuci mulut kerana ingin mencuba makanan lain di tempat lain selepas itu. Namun, ketika mak ciknya mendekati pemiliknya untuk bergambar, pemilik berkenaan didakwa memberikan reaksi kurang menyenangkan.

“‘Eh takkan beli dua ni saja, tak mahulah ambil gambar kalau beli ni saja. Ambillah lagi, ni ada lagi, tu ada lagi,’ katanya dengan suara yang kuat,” luah wanita itu dalam video tersebut, memetik apa yang dikatakan oleh pemilik jenama tersebut.

https://www.tiktok.com/@5ya_fier4/video/7451987045083368722

Meyyyyyyyb menyifatkan kenyataan tersebut membuat mereka berasa sangat malu.

“Muka mak cik saya terus merah sebab dia putih, memang nampak dia malu sangat,” katanya.

Walaupun terkesan dengan kenyataan itu, mereka tetap membeli makanan tambahan walaupun pada awalnya hanya merancang untuk mencuba beberapa menu murah.

Pemilik tampil mohon maaf

https://www.tiktok.com/@5ya_fier4/video/7451994351321894151

Dalam penjelasan lanjut di videonya, Meyyyyyyyb turut menyebut tentang hantaran lain yang dibuatnya dengan nada melawak, menggunakan emoji ketawa sebagai tanda tidak serius.

Dia juga memaklumkan, usahawan berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf selepas menyedari kekasarannya dan mengakui bahawa cara bercakapnya sememangnya begitu.

“Dia dah minta maaf, dan kami dah maafkan. Jadi sekarang ni kosong-kosonglah ya,” katanya dalam video tersebut, berharap perkara ini tidak lagi diperbesarkan.

Sumber: TikTok Meyyyyyyyb

Related Posts