Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kehilangan seorang wanita bernama Irma Novitasari, 24, akhirnya terjawab setelah mayatnya ditemui ditanam di belakang rumahnya di Kampung Ciburial, Kecamatan Pacet, Kabupaten Bandung, Indonesia.
Irma yang sedang hamil lima bulan, dipercayai dibunuh oleh suami keduanya, Asep Saepudin, 23, kerana terpengaruh dengan khabar angin yang mendakwa isterinya berlaku curang.
Mayat Irma berjaya ditemui selepas dia dilaporkan hilang sejak tujuh bulan lalu.
Difahamkan, keluarganya sebelum ini sudah berusaha sedaya upaya untuk mencari keberadaaan Irma Novitasari. Sehinggalah pada 28 Julai lalu, mereka mendapat maklumat bahawa Irma telah meninggal dunia dan dikuburkan di Kampung Ciburial.

Bertindak di atas maklumat, polis segera menggali kubur yang terletak di kawasan kebun di belakang rumah pelaku dan menemui mayat mangsa.
Asep Saepudin dan tiga rakan subahatnya, telah ditahan untuk siasatan atas dakwaan membunuh dan bersubahat.
Jurucakap polis, Kusworo Wibowo, Asep telah menetak isterinya dengan menggunakan parang sehingga mati kerana mempercayai khabar angin yang tidak berasas.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Tribun News








