Wanita dakwa gelandangan berak & kencing merata sebelum disiram air | The Reporter

Wanita dakwa gelandangan berak & kencing merata sebelum disiram air

Wanita dakwa gelandangan berak dan kencing merata sebelum disiram air di kawasan Taman Maluri.
Pendedahan baharu cetus perdebatan apabila wanita dakwa gelandangan sering berak dan kencing merata hingga timbul rungutan orang ramai.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendedahan baharu mengenai insiden gelandangan disiram air di Taman Maluri mengubah perspektif ramai apabila seorang wanita mendakwa lelaki berkenaan sering membuang air besar dan kecil di kawasan tersebut, termasuk berhampiran tempat tukang kasut mencari rezeki.

Menurut wanita itu, tindakan pengawal keselamatan dan tukang kasut yang sebelum ini dikecam ramai berpunca daripada rasa tertekan dengan bau busuk dan sisa najis yang ditinggalkan lelaki tersebut.

Gelandangan tu berak dan kencing merata. Bukan sekali. Kasut pelanggan pun pernah kena najis. Cakap baik-baik tak jalan, sebab tu disiram air. Pakcik tu tendang pun sebab dah habis sabar,” katanya.

Dia turut memaklumkan bahawa laporan polis sudah dibuat lebih awal, namun pihak berkuasa memaklumkan tiada tindakan boleh diambil selagi gelandangan tersebut tidak mengganggu orang ramai.

Baca juga:

Wanita itu mendakwa, selain pelanggan tukang kasut, pengunjung bank turut mengadu mengenai bau busuk di kawasan berkenaan.

“Ramai pelanggan bank complaint bau busuk najis. Sebagai pengawal keselamatan, makcik tu kena jawab. Dia pun ibu tunggal anak empat. Harap dia tak dipecat,” jelasnya lagi.

Menurutnya, pengawal keselamatan berkenaan kini telah dipanggil ke ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan bagi memberi keterangan berhubung insiden itu.

Kenyataan wanita itu mencetuskan reaksi berbelah bahagi di media sosial. Ada yang memahami tekanan kerja dan keadaan sekitar, namun ramai menegaskan bahawa cara kekerasan masih tidak boleh dijustifikasikan.

Sebahagian netizen pula menggesa siasatan dijalankan secara menyeluruh supaya kedua-dua pihak, mangsa dan pelaku, diberi keadilan sewajarnya berdasarkan situasi sebenar.

Sumber: mStar Online

Related Posts