Wanita dakwa dirinya hampir hilang nyawa selepas makan buah donut peach viral

Buah donut peach menjadi tular sejak kebelakangan ini dan menjadi rebutan ramai sehingga kehabisan stok di pasar raya-pasar raya tertentu.

Walaupun buah ini sudah lama dijual di pasaran, namun ia mula menjadi rebutan setelah beberapa pempengaruh memuat naik video berkaitan dengan buah tersebut.

Disebalik ulasan yang mengatakan kesedapan buah ini, ada individu yang mendakwa mengalami alahan yang teruk selepas mencubanya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“15 minit selepas makan buah donut peach, rasa sebu dan muntah-muntah. Terus naik bijik gatal,” katanya.

https://www.tiktok.com/@sherynaaa02/video/7257523550066625799?_r=1&_t=8eADkVRSfII

Melihat keadaannya yang semakin teruk, pihak hospital terpaksa memberikan suntikan kepadanya.

Doktor juga telah meminta individu berkenaan untuk berhenti menggaru, tetapi disebabkan tidak dapat menahan situasi, dia terpaksa berbuat demikian.

Mujur juga ketika itu katanya suaminya baru pulang dari bekerja, jika tidak, dia tidak tahu nasib yang bakal menimpanya.

Difahamkan buah donut peach tersebut merupakan pemberian rakannya.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!