Wanita cedera di mata, dakwa dipukul dua lelaki di Lebuhraya Utara-Selatan - The Reporter

Wanita cedera di mata, dakwa dipukul dua lelaki di Lebuhraya Utara-Selatan

Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian mata selepas dipukul oleh dua lelaki dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang, 31 Julai, Rabu lalu di Lebuhraya Utara-Selatan.

Berdasarkan video tular itu, pemandu kereta Toyota Vellfire mendakwa mangsa memotong kenderaannya secara berbahaya. Malah dia mendakwa mempunyai video dashcam sebagai bukti.

“You apa pasai?! You apa lan### you mau?! You pancung kita, bukti video dashcam pun ada! You mau tengok ke?!

Tiga individu termasuk seorang wanita dari Toyota Vellfire turut keluar untuk merakam video sebelum salah seorang lelaki bertindak memukul muka mangsa bertubi-tubi.

Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan di dalam mata.

Difahamkan, mangsa telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Namun, teman lelaki mangsa mendakwa suspek tidak mengaku bersalah ketika dipanggil untuk memberi keterangan.

Justeru, mereka meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian itu tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!