'Waktu susah kau cari aku, waktu senang kau tinggalkan aku' - Mamat tuju lagu kat siapa tu? - The Reporter

‘Waktu susah kau cari aku, waktu senang kau tinggalkan aku’ – Mamat tuju lagu kat siapa tu?

Semalam, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu meminta saluran podcast yang sedang hangat diperkatakan untuk tidak menunggang namanya.

Tanpa menyebut nama saluran podcast tersebut, Jep mendakwa apa yang dibualkan oleh beberapa individu dalam perbualan tersebut kebanyakannya adalah rekaan dan ditokok tambah.

“..bila dibiarkan, makin seronok pula diorang sembang. Dah takde nama lain ke nak tunggang? Cerita dalam podcast tu kebanyakannya direka dan ditokok tambah,” kata Jep.

Tidak beberapa lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, pelawak Mamat Sepah pula memuat naik sebahagian lirik lagi Olan – Hitam Manisan.

“Waktu susah kau cari aku, waktu senang engkau tinggalkan aku. Begitulah sikap mu tak tahu kenang budi.”

Sementara itu, Shuib pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan Instastorynya dipenuhi dengan moment bersama isteri dan anak-anaknya.

Bagi netizen, apa yang dibualkan oleh Mamat dan Shuib hanyakan perkongsian biasa mengenai perjalanan karier mereka sebelum ini. Tindakan Jep mengeluarkan kenyataan sedemikian dianggap tidak wajar.

Membalas komen tersebut, Jep menegaskan tiada masalah untuk berbual tetapi usahlah sampai menipu dan memetik nama orang.

“Borak boleh, tapi janganlah sampai menipu. Dahlah menipu, petik nama orang pulak. Saya rasa akak pun tak selesa kalau orang reka cerita pasal akak,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!