Wanita alami ruam teruk, akui 22 tahun tak pernah bersihkan solekan | The Reporter

Wanita alami ruam teruk, akui 22 tahun tak pernah bersihkan solekan

Wanita mengalami ruam wajah teruk akibat tidak membersihkan solekan selama 22 tahun
Keadaan wajah wanita dari China yang mengalami ruam teruk selepas lebih dua dekad tidak membersihkan solekan dengan betul

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita berusia 37 tahun dari Jilin, China, mengejutkan ramai selepas tampil mendedahkan punca wajahnya menjadi bengkak, berkedut dan berubah warna, gara-gara tidak pernah menanggalkan solekan dengan betul selama lebih dua dekad.

Wanita itu dikenali sebagai, Gao, menceritakan pengalamannya dalam satu video di media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai agar menjaga rutin membersih wajah. Katanya, dia mula bersolek sejak berusia 15 tahun selepas tertarik dengan gincu milik ibunya. Namun sejak itu, dia mengabaikan langkah penting, iaitu membersihkan muka dengan sempurna sebelum tidur.

“Saya hanya bilas dengan air. Saya fikir, kalau esok nak bersolek semula, buat apa susah-susah nak cuci?” katanya.

Baca juga:

Gao mendakwa, selama bertahun-tahun kulitnya tidak menunjukkan masalah serius selain jerawat ringan. Namun awal tahun ini, dia mengalami ruam teruk hingga wajahnya membengkak dan berubah bentuk sehingga sukar dikenali.

Wajah jadi ‘pelik’ lepas suntikan, netizen mula curiga

Enggan mendapatkan rawatan pakar kulit, Gao sebaliknya pergi ke sebuah klinik estetik dan mendapatkan suntikan skin booster. Malangnya, keadaan kulitnya makin teruk, berubah menjadi keunguan dan bertambah sensitif.

“Rasa gatal ini tak tertanggung… saya berkurung di rumah setiap hari. Saya tak berani keluar,” katanya dalam video tersebut.

“Seluruh wajah saya berkedut dan hodoh. Saya tak sanggup nak keluar rumah, jumpa orang atau berkawan. Paling teruk, ruam ini rasa macam ribuan semut kecil sedang merayap di muka saya.”

Wajah Gao kemerahan dan kegatalan, terasa seperti ribuan semut kecil sedang merayap di mukanya | Kredit gambar: Oddity Central

Dia turut mengaku pernah menggunakan alat solek murah sewaktu muda kerana kekangan kewangan dan percaya itu antara punca kulitnya rosak.

Namun begitu, pakar dermatologi menyifatkan kes Gao sebagai lebih rumit. Menurut pakar, ruam dan pembengkakan seperti itu berkemungkinan berpunca daripada kombinasi produk tidak sesuai, penyalahgunaan krim steroid atau rawatan estetik yang tidak selamat dan bukan sekadar tidak mencuci solekan.

Kisah Gao mencetuskan perdebatan hangat di Weibo. Ada yang bersimpati, tetapi tidak kurang juga yang skeptikal dan menyifatkan dia sekadar cuba menarik perhatian dengan video yang sengaja ditularkan. – Agensi

Related Posts