Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki merakam perbuatan isterinya yang didakwa curang dengan seorang doktor berstatus suami orang.
Susulan penularan video berkenaan, doktor tersebut dilaporkan telah membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada seorang doktor di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada jam 6.27 petang, Ahad lalu.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA),” katanya.
Baca juga:
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
Terdahulu, seorang lelaki mendedahkan rumah tangganya musnah selepas 10 tahun, akibat kecurangan isterinya dengan lelaki lain. Menurutnya, punca keretakan rumah tangga itu bukanlah disebabkan kemiskinan, pergaduhan, kekurangan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya kerana hubungan yang digelar sebagai ‘office wife’.
Lelaki yang juga bapa kepada dua anak itu berkata, dia tidak menyangka isterinya yang selama ini disokong dalam kerjaya dan pelajaran sanggup berpaling tadah meskipun dirinya sentiasa menjadi tempat bergantung serta memahami keadaannya.
Sumber: Harian Metro










