Video CCTV kes simbah asid tersebar, adakah ia berkaitan dengan kes Faisal Halim? - The Reporter

Video CCTV kes simbah asid tersebar, adakah ia berkaitan dengan kes Faisal Halim?

Video CCTV yang tersebar di media sosial hari ini

Pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim, yang cedera disimbah dengan asid sulfurik beberapa minggu lalu, kini menjadi tumpuan semula apabila satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai berkaitan dengan kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Video tersebut menunjukkan seorang individu disimbah dengan sesuatu sebelum sempat masuk ke dalam keretanya. Ada yang mendakwa video tersebut adalah video kejadian yang menimpa Faisal Halim. Namun, ada pula yang mempertikaikan kesahihan video itu kerana apa yang berlaku dalam video tular itu tidak menyamai kronologi yang dikongsikan oleh media sebelum ini.

Menurut kronologi kejadian yang disiarkan oleh media, Faisal pergi ke kenderaannya secara bersendirian selepas membuat bayaran parkir. Faisal kemudian membuka pintu keretanya, Toyota Vellfire, dan duduk di tempat pemandu. Dalam masa sama Faisal didatangi oleh dua individu yang menunggang motosikal.

Mereka menegur Faisal dan mengatakan ‘Good luck’ sebelum menyimbah asid ke arah Faisal menyebabkan bintang Selangor FC itu menjerit dan meraung kesakitan.

Namun, dalam video yang tular hari ini tidak menunjukkan mangsa menaiki Toyota Vellfire. Malah hanya seorang individu yang mendatangi Faisal sebelum menyimbah cecair berbahaya itu dan melarikan diri menaiki motosikal rakannya yang menunggu berhampiran.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!