Trend video “ambil duit raya kena joget dulu” yang semakin tular di media sosial sempena Aidilfitri mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran agar umat Islam lebih berhati-hati sebelum mengikuti trend yang dikhuatiri mencemarkan nilai dan maruah diri.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menulis, “Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena JOGET, pastu rakam dan post… Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan biasakan.”
Trend tersebut menyaksikan pelbagai lapisan usia — termasuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas — menari sebelum diberikan duit raya, kemudian memuat naik rakaman aksi tersebut ke media sosial. Aksi itu bukan sahaja menjadi bahan tontonan umum, malah mengundang kebimbangan apabila semakin ramai menjadikannya sebagai hiburan wajib setiap kali beraya.
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
- Pemilik tanah benarkan komuniti Rohingya bina flat di Sungai Tekali
- Gara-gara contengan si kecil, hasrat terbang tertunda
- Fadhli ambil tindakan undang-undang terhadap Salim Iskandar
Rata-rata netizen menyokong teguran Ustazah Asma’, menyifatkan trend tersebut sebagai satu bentuk normalisasi budaya yang tidak sesuai dengan semangat Syawal. Seorang ibu berkongsi bahawa anaknya menolak cabaran untuk menari demi mendapatkan duit raya kerana merasakan ia tidak wajar, membuatkan si ibu rasa bersyukur dan terharu dengan pendirian tersebut.
Netizen lain pula mengaku malu melihat sesetengah ibu bapa sendiri turut menyertai trend tersebut tanpa menyedari kesannya terhadap generasi muda. “Dah mak-mak pun ada yang buat. Hodoh dan buruk akhlaknya,” kata seorang pengguna Facebook.
Ada juga yang mengaitkan trend ini dengan pengaruh dari luar yang pantas menular di Malaysia. Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan adab dan rasa malu dalam kalangan masyarakat, terutama apabila sesuatu yang dianggap melucukan itu menjadi tontonan umum secara terbuka.
Teguran ini hadir sebagai peringatan agar masyarakat Muslim tidak leka dengan hiburan yang melampaui batas, terutama selepas menempuh sebulan Ramadan yang sepatutnya mendidik jiwa menjadi lebih baik dan berakhlak mulia.








