‘Ustazah selamba denda anak aku tengah cuaca panas sebab datang lambat’ – Ibu pelajar

Lambat datang ke kelas agama, mak kata anaknya didenda berdiri di tengah panas terik matahari. Sedangkan KPM dah kata, jangan buat aktiviti luar untuk elak risiko strok haba.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini mendedahkan risiko pelbagai penyakit. Oleh yang demikian juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisitiaf menangguhkan semua aktiviti luar. Para guru dan pelajar juga diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan.

Namun, sangat mengecewakan bagi wanita ini apabila dia mendakwa anaknya telah didenda dan dijemur di tengah cuaca panas oleh seorang ustazah di sebuah sekolah agama di negeri Johor. Ustazah tersebut dikatakan bertindak demikian kerana anaknya dikatakan lambat hadir ke sekolah.

“Anak aku selamba didenda jemur tengah panas, dipulaukan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain. Disidainya anak aku seorang-seorang bawah panas terik jam dua petang.

“Makan hati jugak, anak aku baru berusia 7 tahun, Tahun 1, didenda macam tu terkontang-kanting. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10 minit.

“Waktu belajar masih belum mula, masih lagi dalam perhimpunan. Agak-agak kalau nak denda. Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes. Dibuatnya anak aku rebah time tu, kau nak bertanggungjawab?

“Anak aku lambat bukan sengaja, tapi bersebab. Aku bukan ibu bodoh yang tak tahu peraturan. Jadi warga pendidik ni kena la peka. Budak tu baru Tahun 1 kot, baru nak belajar alam persekolahan yang sebenar. Salah ke kalau denda bawah tempat teduh?,” katanya.

Netizen meminta wanita ini melaporkan perkara ini kepada pihak KPM agar perkara ini tidak berlaku lagi kepada pelajar lain.

Sementara itu, ada juga yang meminta mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum menularkan kejadian ini.

Sumber: TikTok DvaFella

Total
0
Shares
Related Posts