Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian apabila beliau memuat naik hantaran di Instagram berhubung kes ugutan bunuh yang diterimanya.
Dalam kenyataan terbarunya, Baby Shima mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing, atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.
Menurut Shima, menteri berkenaan sanggup hadir ke balai polis di Sibu pada jam 2 pagi untuk memastikan kes ugutan bunuh yang diterima oleh Baby Shima dapat diuruskan dengan baik.
“Tak sangka dan terima kasih banyak-banyak YB,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Baby Shima turut memaklumkan bahawa ugutan bunuh itu dilakukan oleh seorang individu yang telah dikenalpasti melalui Facebook. Beliau meluahkan rasa syukur kerana semua urusan berkaitan kes ini berjalan lancar.
Terdahulu, Baby Shima memuat naik hantaran di Instagram mengenai ugutan yang diterima daripada individu tersebut, yang memberi amaran supaya tidak memasuki Sarawak dan menggunakan kata-kata berbaur ancaman. Beliau turut memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak untuk menyiasat perkara ini.








