Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, suami kepada Intan Liana Saleh dan pelakon Izreen Azminda dilaporkan bakal menceraikan isteri pertamanya, menurut laporan dari mStar Online.
Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.
Sementara itu, Izreen Azminda menegaskan dia enggan mencampuri urusan Ude dan Intan serta berasa dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.
“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belitkan dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.
“Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik bagi mengelakkan konflik.
“Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya dan saya tidak punya hak untuk mengambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya memetik dari Harian Metro.
Izreen juga telah menutup semua ruangan komen di akaun Instagramnya.