Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor | The Reporter

Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor

Suasana tegang di Konvesyen Keadilan Johor apabila ucapan Ramanan dicelah Hassan karim.
Hassan Karim, R Ramanan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suasana Konvensyen Keadilan Johor hari ini bertukar tegang apabila pentas utama menjadi lokasi pertukaran pandangan secara terbuka antara Naib Presiden PKR, R Ramanan dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, sekali gus mencuri perhatian perwakilan dan hadirin.

Insiden itu tercetus ketika ucapan Ramanan apabila Hassan mencelah, membantah kenyataan yang didakwa menyasarkan individu tertentu.

“Ini adalah konvensyen, bukan tempat untuk menyerang individu,” tegas Hassan.

Ramanan bagaimanapun mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan keutamaan untuk mempertahankan parti daripada sebarang serangan, termasuk dari dalam.

“Prinsip kita jelas, kita lindungi individu. Tetapi apabila parti diserang, maka kita wajib pertahankan parti. Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh terima, lebih-lebih lagi apabila serangan itu datang daripada individu dalam parti itu sendiri,” katanya.

Baca juga:
@wanhadi21

Replying to @raxzi Ramanan balun Hassan Karim, pertahan Presiden & Parti !! Hassan Karim pulak yang kelupoq ni pasal apa ? Bila Rafizi hari2 balun pimpinan, balun parti hang tak bangkit nak pertahan parti, bila Ramanan defend parti hang pulak tak puas hati. Jalan terus Ramanan !! #ramanan #hassankarim #anwaribrahim #rafiziramli

♬ original sound – Wan Hadi – Wan Hadi

Keadaan semakin tegang apabila kedua-dua pemimpin saling melontarkan pandangan, mencetuskan suasana luar biasa dalam program parti itu. Dalam usaha mengawal keadaan, Ramanan berulang kali menegaskan haknya untuk berucap.

“This is my floor… this is my floor… let me speak,” katanya dengan nada tegas di atas pentas.

Hassan pula terus mempersoalkan tindakan mengkritik individu yang tidak hadir untuk mempertahankan diri.

“Saya tidak setuju. Ini Johor,” katanya.

Rakaman video insiden berkenaan mula tular di media sosial. Difahamkan, ketegangan itu turut berkait dengan kritikan awal Ramanan terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang tidak hadir ke konvensyen berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Video Tular

Related Posts