Tular video CCTV papar pengasuh diserang oleh bapa mangsa dera, undang pelbagai reaksi netizen - The Reporter

Tular video CCTV papar pengasuh diserang oleh bapa mangsa dera, undang pelbagai reaksi netizen

Sumber gambar: Video tular di media sosial

Sedang tular di media sosial, video bapa kepada mangsa dera menyerang pengasuh yang didakwa telah mendera anak lelakinya berusia empat tahun.

Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat itu menunjukkan, pengasuh terbabit sedang berbincang mengenai kes itu bersama ibu bapa mangsa di taska berkenaan.

Bapa mangsa yang tidak berpuas hati itu kemudian mendekati dan mencekik leher pengasuh sebelum menampar muka dan menumbuk kepalanya beberapa kali.

Terkejut melihat tindakan lelaki itu, beberapa rakan pengasuh datang untuk meleraikan keadaan. Ibu mangsa juga menghalang suaminya daripada terus bertindak di luar batasan.

Malangnya keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila rakan pengasuh juga ditumbuk di muka menyebabkan dia terkejut dan terus berundur bagi mengelakkan diserang secara berterusan.

Kekecohan yang berlaku itu disaksi oleh mangsa dan beberapa rakannya yang melihat dari pintu bilik kelas.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada pengusaha taska dan pengasuh yang mendakwa telah dikasari oleh bapa kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan, tiga laporan polis telah diterima.

Dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!