Tular video anggota penguatkuasa MDKT terajang, pukul & sepak orang awam - The Reporter

Tular video anggota penguatkuasa MDKT terajang, pukul & sepak orang awam

Sumber gambar: Isu Semasa Official

Seorang anggota penguatkuasa didakwa mengasari orang awam dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 33 saat menunjukkan suspek mengejar mangsa sebelum menerajang dan memukul kepalanya dalam kejadian yang berlaku di Kota Tinggi.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menyepak kaki mangsa yang hanya mampu menahan kesakitan diperlakukan sedemikian.

Video tular itu turut mengundang perhatian pihak Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam dan Korporat MDKT berkata, pihaknya memandang serius dengan isu salah laku anggota MDKT.

“Merujuk kepada rakaman video yang tular berkenaan aksi seorang anggota penguatkuasa MDKT yang sedang menggunakan kekerasan pada orang awam baru-baru ini, MDKT mengambil maklum mengenai laporan tersebut.

“Siasatan terperinci terhadap individu di dalam video terbabit sedang dijalankan. MDKT sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu salah laku anggota MDKT.

“TIndakan akan diambil sejajar dengan peruntukkan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!