Satu rakaman CCTV yang kini tular menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita, dipercayai isterinya, di luar sebuah premis pada waktu malam.
Dalam video itu, wanita berkenaan kelihatan terduduk di lantai sebelum lelaki itu berterusan memukulnya. Tindakan lelaki tersebut bukan sahaja melibatkan tumbukan, malah menendang dan mengheret wanita itu tanpa belas kasihan.
Lebih mengejutkan, rakaman turut menunjukkan lelaki itu melanggar wanita berkenaan menggunakan motosikal.
Menurut perkongsian di Thread, wanita tersebut dikatakan sedang mengandung anak kembar. Hantaran itu juga menyatakan insiden dipercayai berpunca daripada salah faham, apabila lelaki terbabit mengesyaki wanita itu berlaku curang.
“Empat hari lepas mereka bergaduh juga. Keluarga isteri buat laporan polis. Lelaki itu dipenjara seketika, tetapi kemudian keluarga lelaki ikat jamin.

Baca juga:
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
“Dalam video ini pula, isteri bekerja bersama seorang lelaki. Dia ingat isteri dia curang,” katanya.

Difahamkan pasangan berkenaan sebenarnya sudah bercerai talak satu, namun lelaki tersebut masih menganggap wanita itu sebagai isterinya.








