Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di zaman media sosial serba pantas, ramai yang suka merakam dan menularkan sesuatu kejadian tanpa memahami situasi sebenar. Begitulah yang berlaku di Hospital Pekan, Pahang apabila dua jururawat dituduh leka bermain telefon ketika bertugas, hingga ada yang menuduh mereka mengabaikan pesakit.
Namun penjelasan daripada Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan bahawa, gambar yang tular itu tidak menggambarkan keadaan sebenar di sebalik kaunter jururawat.
Baca juga:
- Budaya Yeye: ‘Kalau berlaku pada zaman saya, saya sudah tampar’ – MP Ketereh
- Laporan EAIC bongkar kes pasport terbang, 20 pegawai Imigresen dipecat
- Petinju Muay Thai maut dirempuh trak pikap semasa joging
Telefon bukan untuk bersantai
Menurut PHM, kerja jururawat masa kini banyak bergantung kepada telefon. Mereka perlu menyemak sistem temujanji, menghubungi doktor untuk rujukan, mencari rekod pesakit atau menghubungi pesakit yang tidak hadir. Semua urusan penting ini dilakukan melalui telefon yang dipegang di tangan mereka.
PHM menambah, satu gambar yang dirakam pada satu saat tidak menceritakan apa yang berlaku lima minit sebelum atau selepas itu. Mungkin jururawat sedang menyemak keputusan makmal, membalas mesej doktor atau berhubung dengan keluarga pesakit, bukan melayari media sosial seperti yang disangka.
Hormati maruah petugas kesihatan
PHM juga mengingatkan bahawa mengambil gambar penjawat awam ketika bertugas dan menyebarkannya tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan. Jika pesakit atau waris tidak berpuas hati dengan layanan, saluran yang betul ialah bertanya di kaunter atau membuat aduan rasmi melalui sistem KKM.
“Petugas kesihatan juga manusia yang penat dan tertekan, tapi kebanyakan mereka datang bekerja dengan niat yang sama, iaitu membantu pesakit sebaik mungkin,” tulis PHM sambil menasihatkan agar kritikan diberikan secara berhemah tanpa menjatuhkan maruah mana-mana pihak.
Sumber: X Public Health Malaysia








