Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Skuad sepak takraw melakar sejarah apabila meraih gelaran juara berganda pada saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 malam tadi di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Thailand 2-0.
Trio dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan)mempamerkan aksi penuh bertenaga untuk menewasakan regu lawan Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena.
Kemenangan tersebut juga dibantu dengan sokongan ribuan penyokong yang mambanjiri Stadium Titiwangsa.
Regu Malaysia mendahului sepanjang perlawanan sebelum mencatat kemenangan 15-8 di set pertama.
Regu lawan cuba bangkit ke set seterusnya, namun trio negara yang diketuai oleh Farhan dapat menangkis serangan pihak lawan seterusnya mencatatkan kemenangan pada set kedua, 15-12.
Lagi membanggakan, kemenangan regu negara turut dilakar pada kejuaraan tersebut dengan gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double.

Regu, Aidil dan Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double.
Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.
Sumber: Berita Harian