Trio Era FM zahirkan penghargaan buat semua pihak | The Reporter

Trio Era FM zahirkan penghargaan buat semua pihak

Penyampai radio Era FM
Sumber Gambar: Instagram Era FM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga penyampai radio Era FM, Nabil, Radin dan Azad tampil menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral kepada mereka di atas kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

Ucapan penghargaan juga mereka tujukan kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberikan komen, mesej, sokongan serta semangat kepada kami.

Menerusi hantaran di Instagram stesen radio berkenaan, mereka juga memaklumkan akan berehat di bulan puasa ini dan akan kembali tidak lama lagi.

“Di bulan Ramadan mulia ni, kami akan berehat seketika dan Insya-Allah kami akan kembali memeriahkan hari-hari anda,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan juga, Azad menyampaikan pesanan sebagai rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap bersatu padu.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan tidak akan mengambil tindakan lanjut terhadap tiga penyampai radio yang terlibat dalam kontroversi menghina agama Hindu. Sebaliknya, kompaun hanya dikenakan kepada syarikat Maestra Broadcast Sdn Bhd (MBSB).

Related Posts