Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam Islam, penggunaan patung dibolehkan jika ia digunakan sebagai alat untuk mengajar ilmu pengetahuan atau sebagai mainan anak yang tidak menimbulkan kemudaratan.
Ada juga ulama lain berpendapat patung dilarang disimpan atau diletakkan di dalam rumah sebagai perhiasan kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah.
Tular di media sosial semalam, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan patung hiasan yang diletakkan di almari perhiasan secara tiba-tiba bergerak sendiri, sekitar jam 12.40 tengah malam.
Difahamkan pada waktu itu, pemilik kediaman tersebut bersama dengan keluarganya telah pulang ke kampung.
“Group WhatsApp taman perumahan aku tengah kecoh sekarang. Ada orang share video CCTV masa dia balik kampung raya haji hari tu.
“Korang try tengok, bapak scary anak patung itu. Sebab itulah aku tak suka dengan anak patung,” kata Deen, individu di sebalik penularan video tersebut.
Group whatsapp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada org share video cctv masa dia balik kampung raya haji haritu. Korang try tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu lah aku tak suka dengan anak patung ni. pic.twitter.com/GsRduqOvXy
— deen.md (@terbangmd) July 6, 2023
Berdasarkan video pertama, wajah anak patung itu dilihat menghala ke arah pendingin hawa sebelum tiba-tiba berpaling menghala ke arah kamera CCTV.
Video kedua jam 1.41 pagi pula menunjukkan kelibat satu lembaga hitam di pantulan kaca almari dapur.
Oh shit!! korang try perati dekat cermin cabinet tu. Seriau aku terus trauma nak ambik air kat dapur malam-malam. pic.twitter.com/WlOmdXsnDW
— deen.md (@terbangmd) July 6, 2023
“Korang try perhati dekat cermin kabinet tu. Seriau aku, terus trauma nak ambil air kat dapur malam-malam.
“Yang pelik, diorang cari anak patung dekat situ tak ada. Aku syak owner rumah ada bela something. Tak pun, sejenis tumpang,” ujar Deen.
Sumber: Twitter Deen