'Jangan bawa daging mentah semasa camping' - The Reporter

‘Jangan bawa daging mentah semasa camping’

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi ketika masuk ke hutan, sungai, laut atau pantai.

Pesan orang-orang tua atau orang dulu-dulu kebiasaannya tepat seperti yang dijangka walaupun kadangkala kedengaran seperti tidak masuk akal.

Seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini, dia berdepan dengan detik seram apabila membawa daging mentah semasa berkhemah secara solo di tepi pantai.

Katanya, sepanjang berada di sana, dia dapat berasakan seolah diperhati oleh entiti. Dia mula rasa tidak senang duduk.

@pjero_life

Replying to @MR_AHCHAI antara kisah seram yg sy alami #pajerolife #4×4 #suv #camping

♬ Suara Seram Sangat Mencekam – wie4yu

“Jangan sesekali bawa daging mentah bila solo camping sebab ada yang memerhati dan menghidu bau darah.

“Masa duk bersiap-siap nak masak, rasa macam diperhatikan. Benda tu tak memgusik tapi macam dia duk perhatikan kita secara dekat.

“Lepas tu bau hanyir macam daging kuat gila,” kongsinya.

Dia kemudiannya dengan segera menghidupkan bara api untuk membakar daging mentah. Katanya lagi, rasa seram dan diperhatikan kemudiannya hilang perlahan-lahan selepas dia membakar daging tersebut.

Sementara itu diruang komen, ramai yang berkongsikan kisah yang sama apabila membawa daging ke mentah ke tempat-tempat tertentu.

Sumber: Pajero Life

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!