'Pontianak muncul dalam kereta & pocong di tengah jalan' - Wanita kongsikan kisah seram lalu lebuhraya WCE - The Reporter

‘Pontianak muncul dalam kereta & pocong di tengah jalan’ – Wanita kongsikan kisah seram lalu lebuhraya WCE

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kata orang-orang tua, jika kita berada di luar kawasan atau satu tempat asing, mulut dan kelakuan haruslah dijaga. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Satu perkongsian di TikTok mengenai kisah seram yang dilalui oleh seorang wanita dan adiknya ketika melalui lebuhraya WCE.

https://www.tiktok.com/@adameji7/video/7358381660062223633?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7361275776706332177

Dalam perjalanan dari Perlis ke Damansara pada mulanya berjalan seperti biasa, namun tiba-tiba sahaja adiknya mula bercerita tentang perkara-perkara mistik dan seram.

“Jalan gelap ni kan tiba-tiba pocong lalu ke, pontianak ke, Maya Karin ke,” kata adiknya.

Semasa dalam perjalanan tersebut, laluan berkenaan sunyi sepi. Setelah melepasi sebuah jambatan, wanita ini mula menyedari laluan mula gelap dan kelam walaupun ada lampu jalan di sepanjang jalan.

Wanita ini mula berasa tidak selesa mendengar cerita-cerita adiknya.

Kucing keluarkan bunyi pelik

Tiba-tiba sahaja kucing yang berada diletakkan di dalam sangkar mengeluarkan bunyi pelik. Dan kemudiannya bunyi hentakan yang kuat dari atas bumbung kereta. Sangkaan mereka mungkin ada pokok yang jatuh.

Wanita ini secara tiba-tiba sahaja pula berasa kurang selesa di bahagian lehernya. Adiknya pula pusing ke bahagian belakang untuk membetulkan sangkar kucing. Tetapi kelakuan adiknya dilihat pelik apabila hanya diam membisu, tidak seperti tadi. Kucing peliharaan mereka juga hanya diam, tidak mengeluarkan bunyi seperti tadi.

Dan tanpa diduga, mereka terlihat pocong berada di depan mereka dan mereka sempat mengelak entiti berkenaan. Lagi menghairankan, adik wanita itu hanya diam tidak menjerit ketakutan.

Setibanya mereka di rumah, adiknya bercerita tentang apa yang dilihat. Katanya dia melihat pontianak berada didalam kereta mereka. Rambut pontianak yang panjang penuh di leher kakaknya menyebabkan kakaknya berasa tidak selesa.

Kata adiknya lagi, ketika kejadian pocong berada di depan mereka, mulutnya bagaikan dikunci.

Sumber: Adam Eji

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!