Sebuah Toyota Supra berwarna merah yang didakwa dipandu secara melulu di Taman Sri Gombak berakhir dalam longkang selepas gagal mengawal kenderaan ketika cuba memotong di jalan sempit.
Kejadian sekitar jam 4 petang itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, sebelum tular di media sosial.
Baca juga:
- DBKL kompaun kakitangan selepas dakwaan buang sampah tular
- Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori
- Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama
Aksi ‘cucuk’ sebelum hilang kawalan
Berdasarkan rakaman berkenaan, kereta sport itu pada mulanya dilihat mengekori rapat kenderaan perakam sebelum memotong dengan laju. Ketika melalui simpang, sebuah Nissan X-Trail memasuki laluan kanan, namun pemandu Supra tetap memecut sehingga terjunam ke dalam longkang.
Menurut saksi, pemandu dan penumpang dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Orang awam juga berkumpul di lokasi sebelum kenderaan ditarik keluar.


Sumber gambar: Saiful Chin
Netizen anggap padan muka
Di ruangan komen, ramai pengguna berpendapat kejadian itu menjadi pengajaran kepada pemandu agresif. Ada yang menyifatkan tindakan memandu laju dan suka ‘mencucuk’ kenderaan lain akhirnya memakan diri sendiri.
Sebahagian turut menyuarakan rasa puas hati kerana pemandu tidak mencederakan orang lain dan menerima akibat segera daripada perbuatannya.








