Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan di dalam institusi pendidikan bertujuan untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi.
Walaupun KBAT dilihat ke arah melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif tetapi sesetengah ibu bapa meluahkan rasa agak terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Tidak hanya fokus kepada satu subjek semata-mata, malahan keluh kesah ibu bapa melihat kemampuan murid terhad pada pelaksanaan KBAT pada semua subjek.
Seperti perkongsian wanita ini juga, dia meminta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengambil cakna dan mengubah silibus sekolah.
Wanita ini menyatakan silibus Bahasa Melayu yang dibuat sekarang bukan sahaja telah menyukarkan murid sekolah, malahan ibu bapa juga sukar untuk mengerti silibus terkini.

“Tolong lah KPM ubah balik silibus anak-anak ni. Darjah dua nak kena cari isi tersurat. Saya yang tua bangka yang ada ijazah ni pun nak ajar tak reti,” luah wanita ini.
Rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan wanita ini dan menyatakan silibus berkenaan seperti yang dikongsikan merupakan seperti silibus yang digunakan semasa di peringkat menengah.

Justeru itu, mereka meminta agar KPM mengambil serius isu ini agar murid-murid tidak tertekan dan terbeban dengan silibus baru yang disediakan.
Sumber: Nur Hidayu Chi Hasin








