'Tolong jangan letak iklan hon kereta atau bunyi siren' - The Reporter

‘Tolong jangan letak iklan hon kereta atau bunyi siren’

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hanya di radio sebagai peneman setia pengguna jalan raya lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Celoteh, lagu dan iklan tidak menjadi masalah kepada pendengar untuk terus ‘melekat’ di stesen radio tertentu, namun apa yang mengganggu pendengar terutamanya pengguna jalan raya adalah bunyi hon kereta dari stesen berkenaan.

Bunyi-bunyi khas seperti hon kereta dilihat sebagai satu tarikan stesen radio untuk menarik perhatian.

Bagaimanapun, bunyi-bunyi berkenaan tidak disenangi oleh segelintir pendengar.

Bagi wanita yang dikenali sebagai Amirah Azlan yang juga merupakan seorang doktor, bunyi iklan hon kereta tersebut telah membuatkan pemanduan menjadi terganggu. Bukan itu sahaja, katanya iklan bunyi siren ambulan atau polis juga membuatkannya jadi terkejut dan mencari arah di mana bunyi itu.

“Kamu radio, siapa yang dengar radio tengah baring kat rumah? Orang sekarang dengar radio dalam kereta,” katanya.

Menerusi hantaran video di TikTok itu, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Amirah dan menyatakan mereka pernah mengalami pengalaman sama, terkejut apabila mendengar bunyi-bunyi khas tersebut.

Dalam komen video berkenan pula, ada yang menyatakan jika di Amerika Syarikat, bunyi-bunyi khas tersebut akan dipotong kerana dianggap akan mengganggu atau mencetuskan masalah keselamatan.

Total
0
Shares
Total
0
Share