Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Alice Chang kembali menjadi buah mulut netizen selepas dilihat bekerja di sebuah restoran makanan segera di SS2 Petaling Jaya.
Terdahulu, Alice telah dipecat dari Auntie Anne’s berpunca daripada kelakuannya yang tidak bersih dan melanggar pematuhan keselamatan dan kebersihan makanan.
Kini lebih banyak hantaran yang muncul di media sosial yang mendedahkan Alice telah berjaya mendapatkan pekerjaan di salah satu cawangan restoran makanan segera tersebut.
Hal itu telah menimbulkan persoalkan netizen mengenai protokol keselamatan makanan di premis itu.
Menyedari dirinya dikecam, Alice tampil meluahkan rasa kecewanya melalui satu komen balas di Instagram.

“Jangan ikut saya sepanjang masa. Saya cuma mahu mencari pekerjaan yang baik, dan pendapatan yang stabil. Saya tidak mencuri, membunuh dan membakar. Saya hanya mencari rezeki yang halal.
“Tolong jangan buat saya hilang pekerjaan ya. Terima kasih semua, datanglah restoran ini untuk sokong Alice,” katanya.
Sumber: Goody Malaysia








