'Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak' - Komen lucu rakyat Malaysia | The Reporter

‘Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak’ – Komen lucu rakyat Malaysia

Gambar satelit Malaysia menunjukkan sambaran kilat dramatik, dengan netizen berseloroh tentang tiada minyak, hanya minyak masak.
Gambar: Facebook US Embassy Kuala Lumpur

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hantaran di Facebook Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur baru-baru ini mengenai gambar satelit Malaysia mencetuskan reaksi berseloroh dan jenaka dalam kalangan netizen tempatan.

Gambar 2016 yang diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menunjukkan sambaran kilat yang menyambar awan ribut di ruang udara negara ini, dengan kapsyen: “Malaysia, you’ve never looked more electric.”

Hantaran yang penuh pujian dan kekaguman itu sebaliknya dibalas dengan komen yang mencuit hati.

Netizen menggunakan humor ini dalam konteks geopolitik semasa, merujuk kepada ketegangan antarabangsa dan situasi Venezuela, dengan berseloroh bahawa Malaysia tidak mempunyai sumber minyak yang berharga seperti negara itu.

Salah satu komen popular berbunyi: “Tolong beritahu presiden anda kami tidak ada minyak ya. Kami hanya ada minyak masak Saji.”

Selain itu, netizen Malaysia berseloroh bahawa negara ini hanyalah “tinggal di hutan”, atau “tiada bandar, semua tinggal di pokok”, sebagai sindiran ringan terhadap stereotaip negara membangun. Ada juga yang menulis: “Dear Trump… tiada minyak, cuma harimau dan buaya.”

Baca juga:

Komen-komen berunsur lucu itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah sebuah akhbar popular, The Independent, turut menyiarkannya.

Hantaran ini membuktikan bahawa sebuah pos yang bersifat saintifik dan informatif boleh berubah menjadi trend humor dalam media sosial, di mana rakyat Malaysia mengekspresikan diri mereka secara kreatif sambil mengulas isu geopolitik global.

Related Posts