'Tolong berhenti tanya saya pasal anak' - Janna Nick terkilan, suami dituduh banyak hormon perempuan | The Reporter

‘Tolong berhenti tanya saya pasal anak’ – Janna Nick terkilan, suami dituduh banyak hormon perempuan

Janna Nick terkilan suami dituduh banyak hormon perempuan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick, meluahkan kesedihan apabila sering diajukan soalan mengenai soal anak.

Dalam satu hantaran di Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, berkongsi bahawa dirinya terkilan dengan komen negatif yang menyentuh soal peribadi rumah tangganya.

Menurut Janna, ada individu yang menuduh suaminya, Dini Schatzman, mengalami masalah hormon sebagai alasan mereka belum dikurniakan zuriat.

“Selalunya, saya tidak terlalu mengambil hati bila orang bertanya soal anak, tetapi komen kali ini benar-benar menyakitkan. Mereka kata Dini ‘banyak hormon perempuan’, sebab itulah kami susah nak dapat anak,” luahnya dengan nada sebak.

Janna turut mendedahkan pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang dilakukannya setahun lalu, namun tidak berjaya.

“Saya hanya mampu menghasilkan lima telur sahaja semasa rawatan IVF, dan bagi usia saya, jumlah itu sangat rendah. Sejak itu, saya ubah gaya hidup dan pemakanan saya,” jelasnya.

Dengan nada kecewa, Janna merayu agar orang ramai menghentikan komen negatif dan spekulasi tentang isu anak dalam rumah tangganya.

“Berikan kami masa dan ruang. Tolong hentikan komen yang menuduh kami ada masalah,” katanya.

Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 dan sejak itu, mereka tidak pernah merancang untuk menangguhkan kelahiran anak.

Related Posts