Tol percuma tidak atasi kesesakan, rakyat digesa ubah sikap – TPM | The Reporter

Tol percuma tidak atasi kesesakan, rakyat digesa ubah sikap – TPM

Tol percuma tidak atasi kesesakan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan pemberian tol percuma semasa musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.

Menurut beliau, perkara yang lebih penting ialah perubahan sikap pengguna jalan raya serta perancangan perjalanan yang lebih baik ketika musim perayaan.

“Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, konsesi tol terpaksa dipanjangkan. Ini tidak membantu menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol,” katanya ketika mengulas keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata keputusan tersebut dibuat oleh Jemaah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Terdahulu, Alexander memaklumkan pemberian tol percuma untuk musim perayaan telah dihentikan bermula tahun ini. Bagaimanapun, kerajaan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan semula dasar tersebut bergantung kepada situasi tertentu.

Sumber: Harian Metro

Related Posts