Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru sahaja melaporkan diri untuk bertugas minggu lalu, ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dengan kes dadah.
Memetik laporan Berita Harian, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan pegawai berkenaan di kediamannya, di mana pemeriksaan lanjut turut menemui bahan terlarang.
“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.
Baca juga:
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
Agensi antirasuah itu menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah yang membabitkan pegawai mahupun kakitangan.
“SPRM komited memastikan integriti serta tadbir urus organisasi sentiasa dipelihara,” jelas kenyataan itu lagi.








