Timb. Menteri KKD minta FB, TikTok padamkan video futej pasangan buat onar dalam kereta merah - The Reporter

Timb. Menteri KKD minta FB, TikTok padamkan video futej pasangan buat onar dalam kereta merah

Susulan tularnya video futej pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia berwarna merah, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, meminta pihak Facebook dan TikTok memadamkan video tersebut.

“Saa tidak mempunyai pautan TikTok. Jadi saya hanya maklumkan mereka (tentang video berkenaan). Mereka beritahu saya yang mereka tidak jumpa video yang dimaksudkan itu, mungkin ia telah diturunkan,” katanya.

POLIS TAK BERETIKA, BIARKAN GAMBAR MEREKA DIAMBIL & DISEBARKAN

Sementara itu, Pengarah Biro Hak Asasi Manusia Muda, Dobby Chew mempertikaikan kelemahan pihak berkuasa melindungi remaja bawah umur yang berdepan dengan situasi sedemikian, termasuk menuntut identiti mereka dilindungi pihak berkuasa dan media.

“Perlu ada peraturan dan perintah yang jelas mengenai layanan terhadap kanak-kanak bawah umur. Seksyen 83A(1) secara jelas menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh digari melainkan kesalahan yang melibatkan jenayah berat atau terdapat percubaan untuk menolak atau mengelak daripada ditangkap.

“Tambahan lagi, sangat tidak beretika bagi polis untuk mengiringi kedua-duanya dalam pakaian tahanan reman, bergari dan membenarkan gambar mereka diambil dalam keadaan demikian disebarkan secara bebas,” katanya.

Terdahulu, video futej pasangan muda itu melakukan perbuatan tidak senonoh di Pasir Gudang, Johor telah tular di media.

Dua orang awam mendapati pasangan terbabit sedang berasmara di dalam kereta merah. Sebaik saja menyedari perbuatan mereka dirakam, remaja perempuan itu berpaling ke arah lain bagi mengelakkan dirinya dirakam.

Manakala pasangannya pula memberitahu bahawa dia sedang membantu kekasihnya yang sakit sebelum meminta mereka memadamkan video tersebut. Dalam masa sama, dua lelaki itu pula menasihatkan pemandu Axia itu memasang cermin gelap.

Polis yang mengesan penularan video itu kemudian menahan lelaki berusia 22 tahun dan pasangannya, 17 tahun.

Kedua-dua suspek telah direman selama dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan jelik itu. Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Sumber: Malaysia Kini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!