Tiga lelaki maut selepas Google Maps cadang guna jambatan terputus - The Reporter

Tiga lelaki maut selepas Google Maps cadang guna jambatan terputus

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tiga lelaki di India maut apabila aplikasi Google Maps dilaporkan membawa mereka melalui sebuah jambatan belum siap yang merentasi Sungai Ramganga. Jambatan itu telah rosak akibat banjir beberapa bulan sebelum kejadian dan proses membaik pulihnya baru sahaja dimulakan.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Gurugram ke Bareilly, Uttar Pradesh. Ketika memandu pada waktu malam, mereka gagal menyedari jambatan itu terputus, menyebabkan kenderaan mereka terjunam.

Rakaman yang tular menunjukkan penduduk tempatan melihat kawasan kejadian dari tebing jambatan yang terputus, beberapa meter di atas tanah. Pegawai tempatan mengesahkan rekod telefon mangsa menunjukkan mereka menggunakan Google Maps ketika kejadian.

Ahli keluarga mangsa mengkritik kurangnya papan tanda amaran dan langkah keselamatan di lokasi kejadian.

Salah seorang ahli keluarga, Pramod Kumar, berkata, “Mereka menggunakan Google Maps dan jatuh dari jambatan yang belum siap. Jalan sepatutnya ditutup, tetapi tidak dilakukan. Google Maps juga tidak seharusnya menunjukkan jambatan itu sebagai laluan yang selamat.”

Sementara itu, Google dalam kenyataannya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden ini. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!